Wednesday, March 18, 2009
Monday, March 16, 2009
kehidupanku



nama:Muhammad amirullah bin mohamad yassin
umur:18
birthday:9.4.1991
PANTUN
Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu
Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding
Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan
Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya
PANTUN UNTUK TEMAN
Anak muda pergi ke pekan
pergi ke pekan mencari ubat
kalau diri dilupakan teman
apalah daya dapatku buat
Pergi ke pekan mencari ubat
ubat luka tertusuk sembilu
apalah daya dapat ku buat
ku titip rindu di angin lalu
Ubat luka tertusuk sembilu
disapu lembut sampai ke bahu
aku merindu di angin lalu
apalah guna teman tak tahu
Ubat disapu sampai ke bahu
moga-moga cepat sembuhnya
biarlah saja teman tak tahu
tetap ku doakan kesejahteraannya
Subscribe to:
Posts (Atom)